إرسال رابط إلى التطبيق

iDengue


4.0 ( 7440 ratings )
اللياقة الصحية & الطبية
المطور: Siti Morni Umor
حر

Aplikasi Mobile iDengue untuk Komuniti atau dikenali sebagai iDengue merupakan satu medium bagi menyalurkan maklumat denggi yang tepat dan terkini kepada orang awam.

Maklumat ini amat penting bagi meningkat kesedaran orang awam untuk bersama-sama dalam memastikan kawasan mereka bebas daripada wabak denggi. Pelbagai langkah pencegahan boleh dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat sekiranya mereka mengetahui kawasan mereka berada dalam kawasan wabak denggi untuk memastikan tiada jangkitan dan berlaku wabak berpanjangan.

Aplikasi ini dibangunkan hasil kerjasama aktif Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).